07 February 2016

Bola Jaring SMK Pinawantai

Perjuangan belum selesai.

22 Januari 2016

Cikgu bergigih gagah menganjurkan pertandingan Bola Jaring peringkat sekolah supaya dapat memberi peluang pemilihan kepada semua pelajar yang berminat untuk menyertai pertandingan bola jaring peringkat daerah.

Tiada yuran pendaftaran dikenakan. Tiada peruntukan kewangan dihulurkan. Cukup sekadar kudrat beberapa orang guru dan dua kotak air minuman botol.

Pelajar puas hati, cikgu gembira.

02-03 Feb 2016

Acara yang ditunggu. Pertandingan Bola Jaring peringkat Daerah Kudat. Biarpun kurang cemerlang sedikit berbanding tahun sebelum. Cikgu ucapkan tahniah kepada semua pemain. Mungkin tahun ini kita kekurangan masa untuk latihan. Kita usaha lagi masa akan datang.

Tahniah untuk enam orang pemain sekolah yang terpilih ke peringkat bahagian utara.
Elviana, Sofiah, Mike, Aerny, Fanny dan Chris.

6 Feb 2016

Pertandingan Bola Jaring peringkat Bahagian Utara bertempat di SMK kota Belud II. Kontinjen Kudat B15 dan B18 mendapat tempatcnaib johan. Manakala B12 Johan. Tahniah ! Tahniah ! Tahniah !

Sekali lagi pemain SMK Pinawantai terpilih.
Mike Aerny ke peringkat Negeri.

Wakil Zon Utara dari Kudat ke peringkat Negeri.
Paie, Husnul(nunui), Mike, Nasya, Aisyah.

Selamat berusaha. Banggakan Kudat dengan kecemerlangan sahsiah dan kehebatan kamu di gelanggang.

No comments:

Post a Comment