22 March 2013

Aktiviti - Bagaimana menghasilkan teka-teki (puzzle) menggunakan kertas.

Salam pembaca,
Gembira saya kongsikan di sini satu cadangan aktiviti untuk pembelajaran di dalam kelas iaitu permainan puzzle. Di mana guru perlu menyediakan beberapa keping gambar di mana membolehkan beberapa kumpulan pelajar dibentuk.


Kepingan gambar tersebut hendak dipotong kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil. Cara memotong kepingan tersebut bolehlah menggunakan template yang disediakan oleh Google. Klik di sini untuk template.

Contoh template 8x8

Anda boleh melukis gambar penuh, atau anda boleh mencetak imej hasil carian di internet. Mungkin anda mahu menulis mesej atau nota untuk murid-murid. Pastikan untuk menggunakan pelbagai warna hiasan dan berbeza untuk membuat teka-teki(puzzle) kelihatan menarik

Langkah seterusnya adalah untuk berhati-hati memotong kepingan mengikut garisan yang dilukis pada template teka-teki. Ini adalah penting kerana jika anda tidak memotong mengikut garisan, anda tidak mungkin dapat meletakkan teka-teki kembali bersama-sama. Selepas imej dipotong Campur adukkan kesemua potongan tersebut dan mari bermain.

Selamat mencuba !

No comments:

Post a Comment