Showing posts with label bolajaring. Show all posts
Showing posts with label bolajaring. Show all posts

07 February 2016

Bola Jaring SMK Pinawantai

Perjuangan belum selesai.

22 Januari 2016

Cikgu bergigih gagah menganjurkan pertandingan Bola Jaring peringkat sekolah supaya dapat memberi peluang pemilihan kepada semua pelajar yang berminat untuk menyertai pertandingan bola jaring peringkat daerah.

Tiada yuran pendaftaran dikenakan. Tiada peruntukan kewangan dihulurkan. Cukup sekadar kudrat beberapa orang guru dan dua kotak air minuman botol.

Pelajar puas hati, cikgu gembira.

02-03 Feb 2016

Acara yang ditunggu. Pertandingan Bola Jaring peringkat Daerah Kudat. Biarpun kurang cemerlang sedikit berbanding tahun sebelum. Cikgu ucapkan tahniah kepada semua pemain. Mungkin tahun ini kita kekurangan masa untuk latihan. Kita usaha lagi masa akan datang.

Tahniah untuk enam orang pemain sekolah yang terpilih ke peringkat bahagian utara.
Elviana, Sofiah, Mike, Aerny, Fanny dan Chris.

6 Feb 2016

Pertandingan Bola Jaring peringkat Bahagian Utara bertempat di SMK kota Belud II. Kontinjen Kudat B15 dan B18 mendapat tempatcnaib johan. Manakala B12 Johan. Tahniah ! Tahniah ! Tahniah !

Sekali lagi pemain SMK Pinawantai terpilih.
Mike Aerny ke peringkat Negeri.

Wakil Zon Utara dari Kudat ke peringkat Negeri.
Paie, Husnul(nunui), Mike, Nasya, Aisyah.

Selamat berusaha. Banggakan Kudat dengan kecemerlangan sahsiah dan kehebatan kamu di gelanggang.

24 January 2016

Perlawanan Bola Jaring SMK Pinawantai

Tahniah netballer SMKPians sekalian dan guru-guru yang terlibat. Selesai sudah Perlawanan Bola Jaring Terbuka Peringkat SMK Pinawantai 2016.

Tempat : Dewan SMK Pinawantai
Tarikh   : 22 Januari 2016.

Enam pasukan berdaftar untuk perlawanan kali ini iaitu terdiri daripada pasukan Fire Burning, Power Girl, Netball Power, Perfecto, Netball SMKPI dan Lotong Team.

Konsep perlawanan yang ringkas terpaksa dilaksanakan disebabkan kekangan masa. Di mana setiap pasukan hanya terdiri daripada 7 orang pemain sahaja. Perlawanan kalah mati(yes I knew its not fair enough actually). Masa diperuntukkan 7-2-7 dengan kekuatan 2 pengadil iaitu Cg. NorAnis dan Cg.Husni sendiri.

Matlamat perlawanan ini adalah untuk memilih pelajar yang berkelayakan untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah Kudat.

Jadual perlawanan

Saringan
Game 1 : FireBurning vs PowerGirl = [1-9]
Game 2 : NetballPower vs Perfecto = [7-0]
Game 3 : NetballSmkpi vs LotongTeam = [7-7]

Separuh Akhir
Game 4 : NetballPower vs NetballSmkpi = [3-13]
Game 5 : PowerGirl vs LotongTeam = [2-13]

Akhir
Game 6 : NetballSmkpi vs LotongTeam = [11-8]

Johan : Netball SMKPi
Naib johan : Lotong team
Ketiga : Netball Power
Keempat : Power Girl
Kelima : Perfecto
Keenam : Fire Burning

Ps : smkpian memang awesome.